Sarang Usahawan adalah program pembangunan usahawan berpendekatan baru dan praktikal, yang memberi penekanan kepada nilai-nilai sebenar sesebuah keusahawanan yang berjaya.

Selain dari berobjektifkan keuntungan semata-mata, Sarang percaya bahawa kejayaan sesebuah keusahawanan juga perlu mengambilkira faktor-faktor seperti Impak Sosial kepada Masyarakat Sekeliling dan Alam Sekitar, Sumbangan Ekonomi Secara Langsung dan Tak Langsung, serta Peluang Kerjaya dan Dayamaju Penduduk Setempat.

Di Sarang, kami juga percaya bahawa untuk berjaya, seseorang usahawan itu harus bermula didalam persekitaran sebenar, dan melangkah maju secara organik mengharungi segala cabaran yang harus dihadapi oleh mana-mana usahawan berjaya yang lain. Tiada jalan pintas menuju kejayaan sebenar.

Program Sarang Usahawan bertujuan memberi idea, inspirasi dan perkongsian ilmu serta pengalaman kepada usahawan-usahawan sediaada dan baru, disamping memanafaatkan cara dan praktis terbaik dan terkini didalam memulakan atau memajukan perniagaan anda.